Thursday, January 20, 2011

Cinta Monyet...

Em...kenapa pilih tajuk ni...ya...hehe..terkenang masa zaman sekolah rendah. Mengenali seorang kawan yang tak disangka tersangkut n terjatuh hati pulak kat dia. Aku ni, bukan suka nak berkawan nak kata ulat buku bukan, nak dikata ulat gonggok pun bukan, jauh sekali hehe...cuma kurang mesra je...
Aku mengenalinya ketika berpindah ke sebuah Sekolah Rendah Agama "Attaufiqiah". Bermula dengan aku disapa ketika baru masuk ke darjah 5. Siapa nama? Budak baru ya...aku hanya buat tak layan pada boy tu..paling tidak aku jawab "entah"..siapa nama? Entah..knp entah boy tu..tanya...sebab entah tu yang aku balas. Dia tak putus asa, lalu bertanya pada rakan sekelas yang kebetulan dah lama masuk sekolah tu..kawan aku jawab "tanya lah dia sendiri" merujuk pada aku..cerita pekenalankami mati disitu..
Kebetulan sekolah mencari wakil pelajar perempuan untuk menyertai tilawah al-quran peringkat sekolah. Entah kenapa aku tergatal mulut mengalunkan al-quran secara taranum yang hancus...em..kawan aku pun terdengar yang duduk disebelah, apalagi dia bagi tau ustazah yang aku boleh baca al-quran berlagu.Bukan apa,aku dah terbiasa dengar mak mengaji dengan mengalunkan suara...sedap sangat..jadi secara tak sengaja..aku kena mewakili sekolah pada tahun tersebut. Em... waktu latihan..emm..malunya kena baca depan kawan2 terus hilang lagu aku yang tinggal baca al-quran macam orang tinggal keretapi..hilang tempat berhenti tau-tau habis.hehe..
Sampai pada hari pertandingan aku nampak boy yang tegur aku..kwang (x3) hehe...tak sangka lak dari apa yang dimaklumkan pada aku...dia ada lah ...peserta bidan terjun untuk mewakili tilawah bahagian lelaki.Dari situ...mula lah cerita baru dalam hidup aku..kami jadi kawan..boleh dikata budak ni..baik la...bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta"...cintakah aku?em...entah lah...ok! pasal boy seorang ni makin lama makin rapat la... pulak..rajin pulak ambik berat.
Waktu darjah 6 aku tak balik rumah sebab kedudukan rumah yang jauh dengan sekolah, antara sekolah kebangsaan dengan sekolah agama.Ini namanya pengorbanan,nak belajar punya pasal kenalah berkampung kat sekolah agama diwaktu pagi nak tunggu sekolah kebangsaan. Aku n adik- beradik perempuan aku tiga orang. Bawak bekal n kain untuk ditukar.
Boy ni...perasan aku bekampung kat sekolah tu...dia ada adik yang perlu diambil tengahari sebelum ke sekolah petang. Jadi pada suatu tengahari, dia datang bawak buah mangga..em...katanya nak bagi ustazah tapi..............alih2 bagi kat aku..asalnya aku menolak belari gak lah aku dari tingkat atas n bawa sekolah, sebab tak nak n segan terima sesuatu dari orang. Tengahari tu kami berbual panjang pasal keluarga, cita2 n entah apa-apa lagi. Dari situ aku suka dia, muka dia macam muka cina,rambut dia kemas ala-ala Jime Lim pelakon cina yang aku minat time tu..Bercita-cita nak jadi tentera. Aku pulak nak jadi polis la...konon..hehe tapi tak sedar badan renek sangat n mata pun dah rabun. Tu...sekadar cita-cita sahaja..entah dapat capai atau tidak tapi sekarang, aku memegang jawatan penyelaras taska untuk sebuah badan kerajaan..alhamdulillah la..gak dari tak bekerja.hehe..Entah kenapa abah risau keselamatan kami agaknya jadi kami tumpang di rumah kawan adik yang berdekatan dengan sekolah. Tak sangka rumah yang kami tumpang adalah rumah mak saudara dia...emm....tak terkata apa aku..dia ada gak jumpa aku kat rumah makcik dia alasan nak tanya pasal lagu nasyid sebab kat sekolah aku adalah solo nasyid...Malu...em itu yang sesuai aku guna untuk masa tu..haha.
Selepas satu peristiwa atas kesilapan aku..kami tak bertegur siapa. Aku ditimpa kemalangan selepas pulang dari tution. Akibatnya aku tak boleh kesekolah n paling sadis tak boleh nak berjalan sebulan gak tersadai kat rumah.Exam?Em....tak tau nak cakapla.Selepas sebulan balik ke sekolah semua terkejut aku bertongkat.Si dia?Tertanya-tanya kenapa jadi macam tu...dipendikkan cerita.Akhir tahun, aku pulih sepenuhnya.....tapi antara kami dia lebih suka ambik berat tanpa pengetahuanku.Waktu penyampaian hadiah antara kami dipilih untuk mempersembahkan bacaan al-quran n dia yang terpilih.Aku? Jadi solo nasyid untuk majlis tersebut.
Selepas darjah 6,aku dihantar ke sekolah Ma'aahad di perak. Dia masih bertanya perkabaran tentang aku dari adik. Perhubungan kami berakhir di situ. Tapi aku masih mengigatinya hinggakan aku memang suka tengok rambut lelaki yang seakan dia n lelaki yang bekerjaya seperti apa yang dia cerita.

"Kenangan adalah yang membentuk diri kita pada akan datang,tetapi kenangan juga lah yang mampu mencorakkan hitam atau putih laluan masa hadapan kita."

No comments:

Post a Comment