Tuesday, June 29, 2010

Soalnya Cinta...

Bila tengok orang bercinta ..rasa nak bercinta tapi...hehe..macam tak pasti pulak ya..ke..nak ke arah tu..Mengenangkan sekarang aku tengah tercari-cari apa yang aku nak dalam hidup n..dari pengalaman orang sekeliling yang dah berumah tangga..emmm...kena fikir panjang ni..hehe..Ada pujangga cinta yang sedang kecewa mengatakan.."bercinta bertahun-tahun belum menjamin itulah jodoh kita".. ada pulak yang kata.."cinta yang suci akan dibawa hingga ke syurga". Tak kurang juga pandangan orang yang menilai penyatuan cinta ni..degan sedikit suntukan agama, mengatakan "kalau rupa kita hampir sama dengan pasangan,tandanya silelaki dah pun berjumpa dengan rusuknya yang hilang..."Emm..apa-apa je lah orang nak kata, yang penting cinta itu ada macam-macam rasa. Yang indah rasanya manis, yang kecewa..rasanya pahit, yang penuh dengan dendam pasti rasa cintanya tawar.Terpulang pada yang melaluinya..nak yang macamana? Kadang-kala berhadapan dengan soal cinta tak lari..dari persimpangan nak ikut syarak atau nak ikutkan kata hati. Sama lah,yang berlaku senario sosial sekarang. Tak kurang juga yang kecundang dengan ujian cinta yang telah pun melangkaui batas kemanusiaan. Apa yang penting,soalnya cinta ada lah persoalan yang perlu dijawab dengan hati dan akal yang terpimpin dariNya.=)

Thursday, June 3, 2010

Salam Pembukaan Nukilan Kehidupan

Maka tercatatlah sejarah untuk aku...buat kali pertama sentuh teknologi canggih yang aku baru nak tau ni..hehe..masa kian pantas berlalu..aku harus akur, kalau dulu lebih selesa menulis di kertas dan kadang-kadang tisu pun boleh jadi tempat untuk aku menulis. Sekarang dalam blog yang belum pun aku teroka habis. Tapi tak apa..aku akan usaha gak untuk mengunakan kemudahan yang ada ni.. untuk disimpan apa sahaja catatan hidup aku dalam arkib elektronik ni..hehe..Moga aku boleh terus menggarang...sampai ketahap yang tak boleh lagi nak menggarang.=p....Ini lah langkah pertamaku...